Cara Daftar Perniagaan di SSM

Cara daftar peniagaan adalah sangat simple. Anda hanya perlu bawa 1 salinan photocopy IC. Daftar perniagaan di SSM boleh dilakukan secara offline dan online. Saya ingin kongsikan pendaftaran secara offline.

Langkah pertama:
Ambil borang di kaunter pertanyaan. Just cakap nak borang daftar perniagaan milikan tunggal.

Langkah kedua:
Isi borang tersebut menggunakan pen hitam dan mestilah menggunakan HURUF BESAR untuk keseluruhan borang.
* Tidak perlu diisi jika tiada cawangan

 -Tinggalkan ruang no kelulusan nama
-Isikan nama perniagaan. Contohnya "Star World Solution, MSH Enterprise, RS Transport Agency"


 - Isi maklumat jenis perniagaan.
Contohnya, barang runcit, mesin percetakan, pembekal alat tulis, pembekal khemah, dan sebagainya.

Langkah ketiga:
Ambil no giliran di kaunter pertanyaan tadi. Selalunya, borang akan disemak sebelum nombor giliran diberikan.

Langkah keempat:
Apabila no dipanggil, terus ke kaunter untuk buat pembayaran sebanyak RM70. Borang disemak dan resit akan diberikan.

Langkah kelima:
Tunggu nama anda atau nama syarikat dipanggil setelah sijil perniagaan siap dicetak. Selalunya mengambil masa 15 minit- 1 jam. Jika bernasib baik, hanya mengambil masa 15 minit saja.

Siap!!! Tahniah kerana perniagaan anda sudah didaftarkan di SSM. 

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di laman web SSM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...