Cara menjual produk di facebook atau blog

Bismillah

Untuk menjual sesutu produk terutamanya produk yang memberi penyelesaian terhadap sesuatu, anda memerlukan bebrapa elemen-elemen penting dalam produk deskripsi.
* contoh yang saya beri lebih sesuai digunakan untuk produk kesihatan, kecantikan (penyelesaian terhadap sesuatu)

Jom try ikut cara yang pernah saya buat. Walaupun saya menjual produk di facebook, saya tetap menggunakan landing page. In shaa Allah berkesan.

1. Create 1 landing page. Anda boleh pakai mana-mana free website yang menyediakan perkhidmatan landing page.

Contoh landing page
 

Saya lebih suka gunakan blogspot (landing page template)

Untuk dapatkan free template untuk landing page blogspot, boleh klik sini

2. Mulakan dengan menulis masalah-masalah yang dihadapi yang menyebabkan produk perlu dibeli

Contoh: Adakah anda mengalami masalah berikut?

-Kegemukan
-Selulit
-Selalu letih

* Masukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan kegemukan, selulit dan sebagainya

3. Tuliskan bayangan untuk masa depan

Contoh: Adakah anda mahu kelihatan kurus seperti ini? 
* Masukkan gambar
Gembira bila suami selalu puji cantik
Aktif setiap hari tanpa keletihan

4. Nyatakan penyelesaian kenapa produk boleh membantu

Contoh: sebab-sebab mengapa anda perlu mencuba cara ini
- dapat memberi kesan dalam masa 10 hari
- selamat kerana mempunyai kelulusan dari....
- tidak perlu bersuah payah
-mempunyai banyak testimonial dari pengguna

* masukkan gambar bagi setiap point

5. Testimonial. Lagi banyak, lagi bagus

6. Berikan offer kepada pelanggan dari segi potongan harga, hadiah atau sebagainya.

Contoh: Lakukan pembelian sekarang dan dapatkan hadia sabun percuma/ ebook percuma/ potongan harga 20%. Untuk hari ini sahaja.

7. Direct kepada ruangan pembelian


In shaa Allah cara ini menjadi sebab dah diuji oleh saya sendiri. =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...