Petua Untuk Bahagia- Tunjang Mendidik Anak

SEDEKAH ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Tafsir Surah Al Fatihah- Baca dan Hayatilah


Surah al-Fatihah ialah surah pembuka al-Quran. Surah ini sangat besar maknanya kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
 
A001 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
A002 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

A003 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
A004 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
 
A005 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
 
A006 Tunjukilah kami jalan yang lurus.
 
A007 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Sumber: http://www.surah.my/1

Telah disebutkan didalam kitab "kanzul Asrar" tentang sejarah penciptaan Adam dan hubungannya dengan surah al-Fatihah bahawa manusia itu sejak dari permulaan kejadiannya sudah berjanji akan hidup disepanjang ajaran Allah s.w.t
Tatkala Adam sudah siap dijadikan daripada bahan tanah yang telah diambil dan dikumpulkan oleh malaikat dari seluruh pelusuk bumi, maka badannya itu masih sebuah jasad yang kosong dan tidak bernyawa.
Sesudah Allah meniupkan ruhNya kedalam tubuh adam itu, maka hiduplah Adam dan bersin.
Adam bertanya: 
" Ya, Tuhanku..apakah yang layak kuucapkan ke atas nikmatMu yang besar ini?"

Tuhan mengajarkan :
"Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam"

Maka terjadilah ayat pertama dari surah Al-Fatihah.

Adam Bertanya lagi:
"sesudah aku hidup kepada siapakah aku minta makan dan minum?"


Tuhan menyuruh:
"katakan Ya Rahman ( ertinya Wahai Tuhan yang melimpahkan rezki kepada HambaNya)" 


Adam berkata pula:
"jikalau aku mempunyai dosa dalam menjalankan usahaku mencari rezeki itu, kepada siapakah aku meminta ampun dan apakah yang layak aku sebutkan?"


Tuhan memberikan penerangan:
"katakanlah Ya Rahim ( ertinya wahai Tuhan yang penyayang akan kesalahan hambaNya )"

Dengan ini, dikatakakan terjadilah ayat kedua dari surah Al-Fatihah.


Kemudian Adam bertanya pula:
"Siapakah sebenarnya yang berkuasa menjatuhkan hukuman kepada manusia-manusia itu?"

Allah berfirman:
"Aku Tuhan yang menjadi Raja kepada hari kiamat"
maka terjadilah ayat ketiga dari surah al-Fatihah

Adam bertanya pula:
"wahai Tuhanku, siapa yang layak aku sembah dan kepada siapa yang layak aku meminta pertolongan?"

Allah menjawab: 
"katakanlah Ya Allah, Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu lah kami meminta pertolongan"
maka terjadilah ayat keempat dari surah al_fatihah



Kemudian Adam menghadapkan permohonanya:

'Tunjukilah kami jalan yang lurus"
maka terjadilah ayat kelima dari surah al-Fatihah


Tatkala adam minta diterangkan jalan yang lurus itu..Allah lalu menjawab:
"Jalan mereka yang telah diberikan nikmat, bukan jalan mereka yang pernah dikutuk dan bukan pula jalan mereka yang pernah tersesat"
maka dengan ini terjadilah ayat keenam surah al-Fatihah


Dengan ayat pertama yang menjadi pembukaan surah ini, lengkaplah jumlah surah al-Fatihah dari tujuh buah perjanjian manusia terhadap TuhanNya
Demikianlah sejarah Al-Fatihah yang saya petik dari "sejarah tasauf" m/s 191 yang dipetik dari kitab "Kanzul Asrar"
 

Duit Pertama Dalam Nilai USD-Teknik Mudah

Teknik yang simple tapi power. Perkongsian daripada Tuan Azian mengenai pemasaran produk menggunakan teknik video. Hasilnya,
Setelah lama mencuba untuk promote produk clickbank, hasil yang saya dapat setelah menggunakan teknik pemasaran video. 67.72usd. Lebih kurang RM217.90.

Teknik ni juga boleh digunakan untuk produk fizikal seperti produk kesihatan, produk kuruskan badan, kecantikan, pelajaran dan sebagainya.
Untuk belajar teknik pemasaran video, boleh klik pada link ni.

Jangan Biarkan Hidup Anda Dibebani Masalah- Motivasi Diri

Profesor memulakan kelas beliau dengan memegang sebuah gelas kaca dengan sedikit air di dalamnya . Dia mengangkat gelas untuk semua pelajar melihat & bertanya kepada pelajar " Berapa berat gelas dan air ini ?"
 
"50gram"  .....! "100gram ! " ..... "125 gram" ... pelajar menjawab .."Saya benar-benar tidak tahu melainkan saya menimbangnya ," kata profesor itu , "tetapi, soalan saya ialah apa yang akan berlaku jika saya memegangnya seperti ini untuk beberapa minit? ".... ."Tiada apa-apa" ..... pelajar berkata .
"Ok, apa yang akan berlaku jika saya memegangnya sehingga seperti ini untuk satu jam?" Profesor itu bertanya." Lengan anda akan mula sakit " kata salah seorang pelajar
" Anda betul, sekarang apa yang akan berlaku jika saya memegangnya selama sehari? "" Lengan anda akan menjadi kebas dan anda mungkin akan mengalami tekanan otat dan perlu ke hospital " kata pelajar lain.
"Bagus..Tetapi semasa semua ini , adakah berat perubahan kaca? "Tanya profesor."Tidak" .... Adalah jawapannya." Kemudian apa yang menyebabkan sakit lengan & tekanan otot ?"
Pelajar-pelajar telah hairan."Apa yang perlu saya lakukan sekarang untuk keluar dari kesakitan? " Tanya profesor lagi."Letakkan gelas ke bawah ! " Kata salah seorang pelajar
"Tepat sekali ! " Kata profesor itu .Masalah kehidupan adalah sesuatu seperti ini.

Jika kita mempunyai masalah dan menyimpannya beberapa minit di dalam kepala, kita akan masih merasa ok, tetapi jika kita fikirkannya untuk masa yang lama, kita mungkin akan merasa tertekan.
Jika kita menyimpan dengan lebih lama lagi, kita mungkin akan merasakan tekanan yang sangat teruk sehingga akan memberikan kesan kepada kehidupan seharian dan orang sekeliling kita.
Adalah penting untuk memikirkan cabaran atau masalah dalam hidup anda, Tetapi YANG LEBIH PENTING adalah untuk ' MELETAKKAN MEREKA TURUN ' pada akhir setiap hari sebelum anda pergi untuk tidur ...
Dengan cara itu, anda tidak akan tertekan dan anda akan bangun setiap hari dengan segar & kuat & boleh mengendalikan sebarang isu, sebarang cabaran yang datang dengan cara anda sendiri !

Doa Melembutkan Hati Anak Yang Degil

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.

Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

Amalan Pembuka Rezeki


1. Bertakwa Kepada Allah Ta’ala.
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (QS. Ath Thalaq (65) : 2-3).

2. Solat Dhuha.
حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ السِّمْنَانِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو مُسْهِرٍ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ عَنْ بَحِيرِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَوْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنَّهُ قَالَ ابْنَ آدَمَ ارْكَعْ لِي مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ أَكْفِكَ آخِرَهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ
Allah berfirman: "Wahai anak Adam, ruku'lah kamu kepadaku dipermulaan siang (solat dhuha) sebanyak empat raka'at , nescaya Aku akan memenuhi keperluaanmu di akhir siang." Abu Isa berkata, ini adalah hadits hasan gharib. (HR. At Tirmidzi No.437, Ad Darimi No.1415)
حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ رُشَيْدٍ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ عَنْ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ مَكْحُولٍ عَنْ كَثِيرِ بْنِ مُرَّةَ أَبِي شَجَرَةَ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ هَمَّارٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَا ابْنَ آدَمَ لَا تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُRasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah 'azza wajalla berfirman; Wahai anak Adam, janganlah kamu meninggalkan-Ku (karena tidak mengerjakan) empat raka'at pada permulaan siang (dhuha), niscaya aku akan mencukupi kebutuhanmu di sore hari." (HR. Ahmad No.1097, 16749, 17126, 21431, 21433)

3. Banyak Membaca Istighfar.
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. (QS. NUH (71) : 10-12).
حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ مُصْعَبٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ حَدَّثَهُ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ حَدَّثَهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
Rasulullah shallAllahu wa'alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka." (HR. Abu Daud No.1297, Ibnu Majah No.3809 dan Ahmad No.2123).
كثرة الاستغفار تجلب الرزق
Nabi Muhammad saw. bersabda : Memperbanyak Istighfar itu dapat mendatangkan (menarik) rezeki. 

4. Banyak Bersedekah.
عن أبي هريرة: مَا فَتَحَ رَجُلٌّ بَابَ عَطِيَّةٍ بِصَدَقَةٍ أَوْ صِلَةٍ إلا زَادَهُ الله بِها كَثْرَةً، وَمَا فتح عَبْدٌ باب مَسْألَةٍ يُرِيدُ بِها كَثْرَةً إلا زَادَهُ الله بِها قلةً
Abuhurairah ra., Nabi Muhammad saw. bersabda : Tiada seorang yang membuka jalan untuk sedekah atau memberi, melainkan Allah akan menambah banyak baginya, dan tiada seorang yang membuka jalan untuk minta-minta karena ingin kaya (banyak) melainkan Allah akan menambah hajat kekurangannya. (HR. Al Baihaqi, Didalam Kitab Irsyadul ‘Ibad Ilasabilirrasyad => Asy Syaikh Zainuddin Al Malibariy).
الصدقة تجلب الرزق
Nabi Muhammad saww. bersabda : Bersedekah itu dapat mendatangkan (menarik) rezeki.

5. Membaca Surat Al Waqiah Setiap Malam.
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلِّ يَوْمٍ لَمْ تُصِبْهُ فَاقَةٌ أَبَداً
Ibnu Mas’uud ra. Berkata : Nabi Muhammad saw. bersabda : Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah pada tiap malam, maka tidak akan menderita kemiskinan selamanya. (HR. Al Baihaqi, Didalam Kitab Irsyadul ‘Ibad Ilasabilirrasyad => Asy Syaikh Zainuddin Al Malibariy).
عن أنس: عَلِّمُوا نِسَائَكُمْ الوَاقِعَةَ فَإِنَّهَا سورَةُ الغِنَى
Anas ra. Berkata : Ajarkanlah pada isteri-isterimu surat Al Waqi’ah, kerana surah itu adalah surah kekayaan. (R. Ibnu Ady, Didalam Kitab Irsyadul ‘Ibad Ilasabilirrasyad => Asy Syaikh Zainuddin Al Malibariy).

6. Laa Ilaaha Illallaahul Malikul Haqqul Mubiin (dibacanya 100x setiap habis solat subuh atau dzuhur).
Artinya : Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Raja Yang Hak dan Menerangkan.
من قال في يومه مائة مرة لا اله إلا الله الملك الحق المبين كان له أماناً من الفقر وأنساً من وحشة القبر، وفتحت له أبواب الجنة
Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa membaca pada pagi hari seratus (100) kali LAA ILAAHA ILLALLAAHUL MALIKUL HAQQUL MUBIIN, maka akan merupakan jaminan aman dari kemiskinan, akan menjadi kesenangan dalam kuburnya dan terbuka baginya pintu-pintu surga. (HR. Al Khatib, Abu Naimdan Ibn Abdul Bar, Didalam Kitab Irsyadul ‘Ibad Ilasabilirrasyad => Asy Syaikh Zainuddin Al Malibariy)

7. LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLA BILLAAH (dibacanya 100x setiap habis shalat subuh).
Ertinya : Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.

Untuk mengetahui lebih banyak amalan pembuka rezeki dengan cepat yang telah dibuktikan ramai pihak termasuk saya sendiri, boleh lihat hasil penulisan saudari Insyirah Azhar, 9 Formula Pantas Seru Rezeki.

Skim Cepat Kaya Yang Beri Hasil


Rezeki Dari Allah Untuk Orang Yang Meminta DariNya

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." Taha 20:132 Hanya Allah Maha Mengetahui.

Kisah sebuah keluarga Ahlullah. Sepasang suami isteri selalu mendidik anak mereka bahawa yang memberi rezeki ialah Allah. Sebelum makan, mereka akan menyuruh anaknya solat 2 rakaat memohon kepada Allah agar diberikan rezeki. Setiap petang apabila pulang dari sekolah, ibunya akan menyuruh anaknya bersolat 2 rakaat dulu seperti biasa. Inilah kebiasaan yang anak itu akan lakukan selama beberapa tahun. Suatu ketika, pada hari pertama, anak pulang dari sekolah dan bersolat 2 rakaat. Selepas solat, dia membuka tudung saji dan nampak makanan yang telah disediakan ibunya lalu terus makan. Pada hari kedua, selesai solat, anak itu membuka tudung saji tapi tiada makanan. Lalu dia pergi ke periuk, di situ ada makanan yang telah disediakan ibunya lalu dia pun terus makan. Pada hari ketiga, selepas selesai solat, anak itu tidak menjumpai makanan bawah tudung saji dan dalam periuk. Tapi ibunya telah tinggalkan di dalam kabinet dapur. Lalu dia pun terus makan. Begitulah yang berlaku selama beberapa tahun. Tapi Allah nak tarbiah anak ini. Pada hari berikutnya, si ibu bergegas menghadiri pengkebumian saudaranya dan terlupa untuk memasak makanan anaknya. Selepas saudaranya itu dikebumikan, si ibu bergegas pulang dan di dapati anaknya sedang menunggu di depan pintu sambil tersenyum. Lalu anaknya pun berkata, "Sedap betul lauk ibu masak, tak pernah rasa masakan ibu yang paling sedap macam hari ni." Ibunya terdiam lalu bertanya apa telah terjadi. Si anak menjawab, "Saya pulang dari sekolah, lepas solat saya turun makan check tudung saji takda makanan. Check kat periuk pun takda. Check kat kabinet dapur pun takda. Saya rasa solat saya tadi banyak cacat cela lalu saya bersolat sekali lagi. Selepas tu saya check masih takda makanan kat semua tempat tadi. Mungkin solat saya masih Allah belum terima sebab sebelum ni takda problem pun. Saya pun solat lagi sekali untuk kali ketiga, perbaiki supaya lebih khusyuk dan mohon kepada Allah. Apabila saya turun, makanan telah terhidang di atas meja dan lauk dia yang paling best pernah saya rasa." Ibunya masih dapat mencium bau lauk yang wangi itu yang masih melekat dari mulut anaknya. Orang alim bagitau, makanan tersebut Allah hantar cash dari syurga. Ibunya dikisahkan pergi juga ke dapur tapi tiada apa-apa yang dilihat. Ganjaran tersebut hanya untuk si anak. Apabila keyakinan kepada Allah 100%, maka di situlah bantuan Allah sampai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...